Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Padah cuba buka pintu kecemasan pesawat

WASHINGTON, 7 MAC – Seorang lelaki dari Massachusetts ditahan dan didakwa kerana membuka pintu kecemasan semasa penerbangan dari Los Angeles ke Boston, lapor Sputnik.

Francisco Severo Torres, 33, juga didakwa cuba menikam seorang pramugari dan ditahan pada petang Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston selepas juruterbang pesawat United Airlines membuat pendaratan cemas.

Dia akan didakwa atas pertuduhan cubaan mengganggu anggota kru penerbangan dengan menggunakan senjata berbahaya, menurut kenyataan Pejabat Peguam Daerah Massachusetts.

Perbicaraan dijadualkan pada 9 Mac.

Jika disabitkan bersalah, Torres berdepan hukuman penjara seumur hidup, lima tahun pembebasan dalam pengawasan dan denda AS$250,000. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -