Padah curi, ambil dadah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun atas kesalahan mencuri dan pengambilan dadah.

Romei bin Abdul Rahman mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri 15 meter kabel bawah tanah dari kawasan terbuka di Jalan Binglu Tengah, Kampung Tanah Jambu antara Januari hingga Jun lalu serta mengambil Methylamphetamine pada 16 Januari 2013.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas tertuduh dan mengarahkannya untuk membayar denda $1,000 atau berdepan hukuman penjara tambahan selama dua bulan. Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad.