Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

Padah gatal kena penjara

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun yang didapati bersalah selepas perbicaraan atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara satu tahun tiga bulan serta satu sebatan.

Mohammad Photu mula-mula menafikan pertuduhan Pendakwa Raya Atiyyah Abas yang menyatakan dia telah mencabul mangsa di rumahnya di Brunei Muara pada 19 Jun 2021, jam 11 pagi.

Ketua Majistret Pengiran Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah mahkamah.

Keterangan pihak pendakwaan semasa perbicaraan menyatakan defendan yang datang ke rumah mangsa sempat menahan mangsa daripada menutup pintu untuk memberitahu dia hendak membersihkan kawasan itu.

Dia kemudian meminjam sambungan wayar untuk menghidupkan jet washer dan mula meneruskan kerjanya.

Tidak lama kemudian, dia memasuki rumah mangsa tanpa diundang dan memberitahu yang mesin jet air terlalu panas dan menyelesaikan tugasnya hari itu.

Defendan menyerahkan wayar itu kepada mangsa walaupun mangsa mengarahkan defendan untuk meninggalkannya di atas lantai. Semasa menyerahkan wayar itu, defendan sempat mencabul mangsa menyebabkan mangsa menjauhkan diri.

efendan kemudian meninggalkan wayar tersebut di atas lantai dan meninggalkan rumah itu. Mangsa kemudiannya memberitahu ibunya tentang kejadian itu dan melaporkannya kepada polis yang membawa penangkapan tertuduh.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -