Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah halang polis, dipenjara 6 minggu

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Akibat menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam minggu oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Arrahman bin Zabidi, 31, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menghalang seorang anggota polis yang cuba meleraikan pertengkaran.

    Abdul Arrahman didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Bangunan Lam Guan di Kampung Serambangun, pada 6 September 2015 sekitar jam 3:15 pagi.

    Terdahulu, tertuduh didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff mengikut Seksyen 186, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tiga bulan atau dengan denda sehingga $2,000 atau kedua-duanya.

    Mengikut fakta kes, empat anggota polis dari Balai Polis Tutong pergi ke kawasan bangunan tersebut sebaik menerima panggilan berhubung dengan satu kejadian perkelahian.

    Mereka mendapati empat lelaki termasuk tertuduh sedang bergelut dan mengarahkan mereka untuk berhenti.

    Dalam keadaan kelam-kabut, itu, tertuduh menumbuk dada salah seorang dari anggota polis itu. Keempat-empat polis itu bagaimanapun dapat mengawal keadaan dan memberkas tertuduh.

    Siasatan mendapati tertuduh berada di kawasan bangunan itu untuk bermain ‘katam-katam’, dan terpaksa membayar pemain lain apabila kalah dalam perjudian itu. Tertuduh yang terpaksa meminjam wang telah dipukul namun dia berjaya melepaskan diri.

    Tertuduh yang tidak berpuas hati kembali semula ke tempat itu bersama seorang rakannya dan menimbulkan kekacauan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda