Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Padah longgok bahan binaan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 24 OGOS – Seorang individu telah dikenakan denda $500 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait kerana didapati meninggalkan dan melonggokkan bahan binaan tanpa kebenaran di tempat awam.

Jabatan Daerah Belait dalam kenyataan yang dikeluarkan, menegaskan bahawa sikap pembuangan sewenang-wenangnya itu mencemarkan kecantikan dan merosakkan alam sekitar di kawasan tersebut.

Individu berkenaan melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) (f) (ii) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 2021 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk membayar kompaun berkenaan.

Jika gagal membayarnya, individu tersebut akan dikenakan denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam memastikan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 2021 dikuatkuasakan, Unit Penguat-kuasaan Jabatan Daerah Belait sentiasa menjalankan operasi pemantauan iaitu membuat rondaan di tempat-tempat awam dan kawasan larangan pembuangan sampah, selain pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti bengkel, pengilangan, penternakan dan pembinaan agar mereka mematuhi peraturan yang ada.

Longgokan bahan binaan yang dilonggokkan tanpa kebenaran di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -