LOS ANGELES, 15 APRIL – Pihak NBA telah menyaman pemain penyerang pasukan Charlotte, Miles Bridges dengan jumlah AS$50,000 kelmarin disebabkan kesalahannya melontar pelindung mulutnya kepada penonton selepas perlawanan yang berakhir dengan kekalahan Hornets di tangan Hawks di Atlanta.
Bridges telah dipanggil untuk menjaga pos jaringan pada suku keempat perlawanan pada Rabu, dan selepas mengadu kepada pengadil James Williams disebabkan dia menerima dua kesalahan teknikal dan seterusnya dikeluarkan daripada perlawanan tersebut.
Sementara itu, semasa dia meninggalkan gelanggang, seorang peminat Hawks menjerit kepadanya, dan Bridges berpaling serta melemparkan pelindung mulutnya yang terkena seorang wanita muda yang sedang berdiri berhampiran gelanggang itu.
“Saya kecewa dengan jeritan, beberapa jeritan,” kata Bridges selepas perlawanan Rabu berkenaan.
“Saya membiarkan kemarahan saya menguasai diri saya. Itu pasti perkara yang salah untuk dilakukan.
“Saya menyasarkan lelaki yang menjerit kepada saya dan ia terkena seorang gadis kecil. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan akan menanggung sebarang hukuman yang diberikan oleh NBA kepada saya.”
Pihak pemerhati Charlotte melaporkan bahawa peminat yang terkena itu adalah seorang gadis berusia 16 tahun, yang enggan ditemu bual oleh akhbar berkenaan.
Bridges berkata dia berharap dapat menghubunginya untuk menebus kesalahannya.
Dalam tindakan tatatertib yang lain kelmarin, NBA telah mendenda pemain pertahanan Minnesota, Patrick Beverley sebanyak AS$30,000 kerana ‘kenyataan yang tidak wajar semasa temu bual media dan di media sosial, termasuk penggunaan kata-kata kesat’ berikutan kemenangan play-in Timberwolves ke atas Los Angeles Clippers pada Selasa lalu. – AFP