Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Padah makan jerung putih

    BEIJING, 2 OGOS – Aksi seorang pempengaruh China memanggang dan memakan jerung putih ternyata membawa padah kepada dirinya apabila polis melancarkan siasatan ke atas rakamannya yang tular.

    Rakaman blogger yang popular dengan nama timangan online Tizi, menunjukkan dia memakan ikan pemangsa itu yang disahkan oleh polis di bandar tengah Nanchong merupakan jerung putih pada Ahad lalu.

    “Ia mungkin tampak ganas, tetapi isi ikan ini benar-benar lembut,” kata Tizi sambil mengunyah isi ikan panggang itu dalam video yang disiarkannya pada pertengahan Julai lalu.

    Video yang sejak itu telah dipadamkan, memperlihatkan dia membuka bungkusan ikan dua meter panjang kemudian berbaring bersebelahannya bagi menunjukkan ikan itu lebih tinggi daripadanya.

    Jerung putih itu kemudian dibelah dua, diperap dan dipanggang, manakala kepala ikan itu dimasak sup pedas.

    Untuk maklumat, jerung putih disenaraikan sebagai spesies mudah terdedah bahaya oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) – hanya satu langkah daripada diklasifikasikan sebagai spesies terancam.

    Populasi jerung – sebahagian daripada pemangsa paling penting di lautan – telah pun terjejas dalam masa beberapa dekad, di bawah ancaman pemotongan sirip dan industri penangkapan ikan rawai.

    Di China, ia tersenarai sebagai spesies dilindungi. Pemilikan haram jerung itu boleh membawa kepada hukuman penjara lima sehingga 10 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...