Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Padah masuk Brunei tanpa guna pasport

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Mahkamah Majistret, di sini, Rabu lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda $500 ke atas seorang wanita warga Indonesia kerana memasuki negara tanpa menggunakan pasport.

    Erna Dewi Saputri, 37, akan menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda.

    Pendakwa Raya Imigresen Mohd Zul Azri Haji Ranee memaklumkan Majistret Kanan Pengiran Hazirah Pengiran Haji Mohd Yusof bahawa defendan telah ditahan dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa imigresen di rumah sewanya sejurus sebelum pukul 4 pagi pada 7 Jun lalu.

    Semasa disoal siasat, pegawai mendapati tiada pas masuk yang sah pada dokumen perjalanannya.

    Siasatan mendapati dia telah memasuki Brunei dari Limbang dengan menaiki bot pada April 2021.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...