Padah menyamar sebagai Menteri, pelaku dipenjara

PARIS, 9 SEPT – Mahkamah rayuan Perancis hari ini mengesahkan hukuman penjara agak lama ke atas dua orang penyamar atas tuduhan mencuri puluhan juta euro daripada mangsa selepas menyamar sebagai menteri Perancis dan kadangkala memakai topeng silikon untuk menyamar.

Mahkamah rayuan Perancis memerintahkan Gilbert Chikli, 55 dan Anthony Lasarevitsch, 36, sebagai dalang penipuan ke atas tiga orang mangsa dan mendapatkan kira-kira 55 juta euro.

Pada awalnya, Chikli dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun tetapi kemudiannya dikurangkan kepada 10 tahun sementara hukuman penjara selama tujuh tahun dikenakan terhadap Lasarevitsch dalam keputusan awal pengadilan pada bulan Mac telah disahkan. Kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah semasa perbicaraan.

Kedua-duanya berketurunan Perancis-Yahudi itu cuba membuat penipuan dan menggunakan identiti Jean-Yves Le Drian – menteri luar negara Perancis ketika ini, tetapi pada masa itu merupakan menteri pertahanan – untuk mengumpulkan dana dari ahli politik, dan pernia-gaan serta tokoh agama yang kaya.

Penipuan tersebut yang berlaku bermula pada 2015 hingga 2016 melibatkan penyamaran penipuan sebagai Le Drian untuk meminta ahli politik dan eksekutif agar memberikan bantuan kewangan ‘untuk membiayai operasi rahsia’ kerajaan Perancis.

Pada satu kejadian, seorang akan muncul dalam persidangan video di belakang meja rasmi palsu, mengenakan sut gelap dan topeng silikon Le Drian.

‘Menteri palsu’ itu membuat panggilan melalui telefon dan pautan video untuk menyasarkan lebih 150 orang – yang mana tiga orang daripadanya berjaya ditipu.

Pendakwa raya berkata Aga Khan, pemimpin agama Ismaili Muslim, telah ditipu oleh penyamaran sebagai Le Drian pada 2016 dan membuat lima kali pemindahan wang sejumlah 20 juta euro ke Poland dan China. Tiga dari pembayaran tersebut telah dibekukan, tetapi 7.7 juta euro telah hilang.

Dua bulan kemudian, ahli perniagaan Turki, Inan Kirac didakwa telah memindahkan lebih dari AS$47 juta untuk apa yang disangkanya wang tebusan untuk membebaskan dua orang jurnalis yang ditawan di Syria. – AFP