Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah miliki rokok seludup, didenda $25,200

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Awangku Ajmal Adib bin Pengiran Ismail, 25, dan Siti Norhamisah binti Mahli, 27 tahun, masing-masing diperintah membayar denda $25,200 oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana memiliki rokok seludup.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas kedua-dua defendan kerana tidak membayar denda.

    Pendakwa Raya Kastam mendedahkan di mahkamah bahawa kedua-dua mereka ditangkap membawa 33 karton dan dua paket rokok pelbagai jenama dalam kenderaan semasa tiba di Pos Kawalan Sungai Tujoh. Barangan seludup itu ditemui pegawai kastam yang bertugas pada pukul 5:25 petang, 18 Julai lalu. Mahkamah mengarahkan rokok berkenaan dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda