Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Padah papar tanda perniagaan tanpa kebenaran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Sebuah kedai telah dikenakan kompaun $500 kerana memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di sebuah unit kedai, Kompleks Membeli-belah Times Square, Kampung Jaya Setia, Mukim Berakas.

    Kedai tersebut, Toku Tokuya didenda oleh pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) melalui penguatkuasaan Bahagian Kawalan kelmarin atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Menurut kenyataan daripada ABCi, syarikat itu telah diberikan tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun itu.

    Sehubungan itu ABCi menasihatkan orang ramai terutama pemilik syarikat perniagaan untuk memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik berdaftar secara sah dan mana-mana papan tanda perniagaan atau papan-papan tanda iklan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran mengikut Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah kedai. – Gambar serahan ABCi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...