Padah positif doping

SHANGHAI, 14 OGOS – Seorang ahli bagi pasukan bola tampar juara Olimpik China, telah diharamkan selama empat tahun selepas didapati mengambil bahan terlarang, menurut agensi anti-doping negara itu, CHINADA.

Yang Fangxu kini tidak lagi dapat membantu pasukan wanita China mempertahankan gelaran mereka di Sukan Tokyo musim panas depan dan kerjayanya hampir pasti berakhir.

Susulan satu ujian luar kejohanan pada Ogos tahun lepas, pemain berusia 24 tahun itu didapati positif bagi perangsang darah yang diharamkan erythropoietin (EPO), menerut CHINADA.

Yang menjaringkan tiga mata di final Olimpik Rio 2016 ketika China menewaskan Serbia untuk merangkul pingat emas.

Dia diharamkan daripada beraksi sehingga 2022 tetapi namanya sudah dipadam dari senarai pasukan kebangsaan China sebelum pengumuman itu dibuat. – AFP