Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Padah pukul isteri dengan kerusi

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala mangsa di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Taman Intan Baiduri Kepong pada 6 petang Sabtu lepas.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat. Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap, 4 Jun lepas.

    Terdahulu, Ramasamy yang bekerja dalam industri pembekalan makanan merayu hukuman penjara paling minimum memandangkan dia yang berpendapatan RM1,700 sebulan perlu menyara isteri serta empat orang anak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...