Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Dua warga Indonesia yang me-ngaku bersalah atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh di negara ini, dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret.
Sulin Dianto, 47, menerima hukuman lima tahun penjara dan tiga sebatan kerana tinggal selama 1,403 hari sejak pas khas yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 7 Disember 2013.
Manakala itu, Sunarti, 39, dijatuhi enam bulan penjara kerana tinggal selama 1,879 hari sejak pas kerjanya mansuh pada 18 Ogos 2012.
Kedua-dua tertuduh diberkas sepasukan penguat kuasa imigresen di rumah sewa di Kampung Sungai Taring Lumut, Kuala Belait pada 10 Oktober 2017.
Hukuman ke atas tertuduh dijatuhkan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin.
Manakala itu, pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan.