Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Padah tinggal lebih masa di Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Seorang wanita warganegara Indonesia berusia 50 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

    Nofi Emiliawati juga diperintahkan untuk membayar denda $500 dan berdepan hukuman penjara tambahan sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa Raya Imigresen Mohd Zul Azri Haji Ranee memaklumkan Majistret Harnita Zelda Skinner bahawa defendan diperiksa oleh penguat kuasa imigresen dalam pemeriksaan yang dilakukan di rumah yang disewanya di Jalan Mejawa, Kampung Jerudong pada pukul 4:20 pagi, 19 Januari lalu.

    Pegawai penguat kuasa mendapati defendan tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh sejak 413 hari lalu.

    Satu-satunya rekod defendan yang ditemui ialah ketika pertama kali memasuki negara ini melalui pos kawalan Labu, Temburong pada 29 Januari 2020.

    Dia diberi pas lawatan selama dua minggu dan mendapatkan lanjutan sehingga 2 Disember 2020.

    Hasil siasatan telah mengesahkan bahawa defendan tidak lagi menangani status imigresennya sejak itu.

    Tertuduh juga memberitahu bahawa dia telah bekerja sebagai pembantu rumah bebas dengan pendapatan antara $20 hingga $25 untuk kerja sehari, yang juga digunakannya untuk membayar tempat kediaman yang disewanya pada harga $80 setiap bulan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...