Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Padah tinggal lebih masa

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Samsudjadi, 57, mengaku bersalah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia bagaimanapun terlepas daripada menjalani hukuman sebatan disebabkan faktor usia.

Pegawai Pendakwa Imigresen, Roslina binti Sapar memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh pergi ke Kedutaan Indonesia di negara ini pada 10 Julai 2017 untuk meminta bantuan supaya dia dapat dihantar balik ke negaranya.

Pihak kedutaan bersama tertuduh kemudian pergi ke Jabatan Imigresen untuk kesnya diberi pertimbangan.

Rekod dari imigresen mendedahkan tertuduh memasuki negara ini pada 2013, yang mana tertuduh mendakwa pasportnya telah hilang pada tahun yang sama.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -