Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah ugut bakal mertua

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Tindakan seorang penganggur mengugut bakal ibu mertuanya dengan pedang samurai membawa padah apabila Mahkamah Majistret, semalam, menetapkan 8 Februari untuk menjatuhkan hukuman.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh itu ke atas Mohd Keril bin Yusof, 27, selepas dia mengaku bersalah.

    Dia dituduh mengugut untuk memancung ibu kepada tunangnya itu dengan menggunakan pedang samurai.

    Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali di bawah Seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

    Tertuduh juga didakwa memiliki pedang samurai dan didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 yang membawa penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta tidak kurang daripada tiga sebatan.

    pg06_mahkamah logo

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Kuala Belait pada 1 Februari 2017 kira-kira jam 4:45 petang.

    Menurut fakta kes, tertuduh pergi ke balai polis sebaik dimaklumkan oleh tunangnya bahawa ibunya telah pergi ke balai untuk membuat laporan terhadap tertuduh.

    Melihat ibu kepada tunangnya berada di dalam balai, dia menjerit dengan membuat ugutan untuk memancungnya dengan samurai.

    Tertuduh yang cuba memasuki balai polis tersebut dihalang oleh pegawai polis yang memintanya untuk beredar.

    Tertuduh bagaimanapun menyerah diri pada sebelah malamnya. Polis menemui pedang samurai itu di dalam kereta tertuduh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda