Padam kebakaran sebelum sekolah bermula

KUCHING, 15 OGOS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyasarkan  untuk mengatasi masalah kebakaran hutan di negeri ini sebelum sesi persekolahan dibuka semula Isnin depan.

Pengarahnya  Khirudin Drahman berkata beliau sudah mengarahkan pasukannya untuk berusaha se-penuhnya agar kebakaran hutan dapat dikawal sebelum akhir minggu ini.. “Pasukan Bomba Sarawak juga telah menukar syif kerja daripada 12 jam kepada 24 jam untuk memastikan keanggotaan kita cukup. Maknanya, jika dalam sehari, kita mempunyai 20 petugas yang bekerja satu syif, selepas menukar syif ke 24 jam, akan ada lebihan, iaitu 35 petugas yang akan bekerja dalam sehari bagi menangani kebakaran yang berlaku,” katanya kepada pemberita. Beliau ditemui pemberita  selepas merasmikan pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) untuk seluruh Sarawak dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat negeri di Pustaka Negeri di sini hari ini. – Bernama