Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Padam kenangan dengan bekas kekasih

-

Enggan lagi mengenang kisah cinta lama, penyanyi Afieq Shazwan nekad membakar surat kenangan yang pernah diberikan oleh bekas teman wanitanya.

Babak Afieq membakar surat cinta itu ditunjukkan dalam video muzik (MV) lagu nyanyian semula Layu Di hujung Mekar yang dimuat naik di YouTube sejak 26 November lalu.

“Ya saya ada bakar surat dalam MV tersebut. Itu memang betul-betul surat yang diberikan oleh bekas teman wanita saya.

“Surat itu dah bertahun saya simpan tetapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi, semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri.

“Saya tak mahu lagi kenang benda lama, biarlah benda lepas berlalu. Siapakah wanita itu? Biarlah hanya saya yang tahu!” katanya kepada media.

“Mulanya saya menyanyi sekadar suka-suka sahaja tapi tak sangka ramai peminat minta saya menyanyi lagu ini semula. Selepas berbincang dengan syarikat rakaman terhasil la nyanyian semula lagu itu.

“Memandangkan lagu itu ada persamaan dengan kisah saya, jadi perasaan dan emosi itu memang sampai.

“Alhamdulillah peminat dan pendengar menyukai lagu nyanyian semula saya itu dan mereka meninggalkan komen positif. Itu sudah cukup menggembirakan saya,” ujarnya.

Menyentuh mengenai sisi peribadi dan kerjaya, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih dan lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya seni.

“Sekarang saya seorang. Hubungan dengan Wani Kayrie pun hanya sekadar kawan. Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah.

“Lagi pula tahun ini saya agak sibuk dengan kerjaya. Fokus saya selepas ini nak seimbangkan kerja sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

“Alhamdulillah banyak tawaran yang diterima dan memang tak jangka karier saya berkembang sangat baik tahun ini. Ini semua rezeki yang Allah bagi, saya bersyukur sangat!” katanya. – Agensi

Afieq bakar surat diberikan oleh bekas kekasih kerana enggan mengenang kisah cinta lama. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -