Padang terlalu kering – Klopp

LIVERPOOL, 8 Mei – Jurgen Klopp yang jelas kecewa berkata padang Anfield yang ‘sangat kering’ adalah antara yang perlu dipersalahkan atas kekecewaan seri 0-0 di gelanggang sendiri menentang Southampton, menjejaskan impian Liga Juara-Juara mereka.

Liverpool tahu bahawa tiga kemenangan daripada baki tiga perlawanan mereka akan menjamin tempat mereka dalam empat pasukan teratas dan bola sepak Liga Juara-Juara musim depan.

Tetapi pasukan Klopp gagal mempamerkan persembahan yang dimahukan ke atas Southampton, yang berterima kasih kepada Fraser Forster kerana telah menyelamatkan mereka.

Liverpool yang berada di tangga ketiga kini menjadikan misi kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara semakin sukar berbanding yang mereka mahukan dan Klopp bergelut untuk menyembunyikan kekecewaannya.

Bos Reds itu dengen cepat menegaskan bahawa kualiti permukaan Anfield teruk, menjejaskan persembahan pasukannya.

“Tidak ada sesiapa yang mahu mendengar alasan ini tetapi padang terlalu kering,” kata Klopp.

“Kami telah memberikan air ke atas permukaan dan 15 minit kemudian ia menjadi kering, banyak hantaran anda boleh katakan, ‘Kenapa mereka bermain seperti ini?’

“Ia tidak bagus untuk tercicir mata di gelanggang sendiri tetapi kini kami bermain di laman lawan dan kemudian satu perlawanan di gelanggang sendiri.”

Masa depan empat kelompok teratas Liverpool kini tidak lagi dalam genggaman mereka dan Klopp kecewa dengan keseluruhan perlawanan. – AFP