Paderi langgar sekatan virus ditangkap

YANGON, 20 MEI – Polis Myanmar menangkap seorang paderi Kanada hari ini kerana dipercayai mengadakan perkhidmatan yang jelasnya ingkar dengan tegahan perkumpulan beramai-ramai semasa koronavirus – yang mana selepas itu dia dan puluhan pengikut lain serta keluarga mereka dijangkiti virus.

Negara Asia Tenggara itu sejauh ini hanya mengesahkan 193 kes dan enam kematian akibat penyakit itu, walaupun pakar bimbang jumlah pemeriksaan rendah bermaksud angka sebenar boleh jadi lebih tinggi.

David Lah, 43, seorang paderi kelahiran Myanmar itu berpangkalan di luar Toronto, Kanada namun sering mengunjungi tanah airnya untuk mengadakan jelajah dakwah.

Myanmar menegah perhimpunan beramai-ramai pada pertengahan Mac.

Rakaman muncul awal April menunjukkan Lah yang mengetuai perkhidmatan itu mendakwa penganut Kristian tidak akan dijangkiti pandemik.

Sejurus selepas itu, Lah diuji positif koronavirus dan angka yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan puluhan kes yang disahkan boleh dikesan menerusi pengikutnya.

Selepas dikeluarkan dari kuarantin, Lah ditangkap hari ini dan dibawa ke mahkamah Yangon di mana dia didakwa melanggar Undang-undang Pengurusan Bencana Semula jadi yang boleh dipenjara selama tiga tahun. – AFP

David Lah (tengah) memakai penutup mulut dan hidung ketika diiringi oleh polis di Mahkamah Perbandaran Mayangone di Yangon pada 20 Mei. – AFP