Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Paip air utama Jalan Kebangsaan bocor

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa paip air utama berukuran 914mm mengalami kebocoran dan kerja-kerja pembaikan di Jalan Kebangsaan berdekatan lampu isyarat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) giat dilaksanakan.

    Menurut JKR, berikutan dengan kerja-kerja pembaikan tersebut, beberapa kawasan terjejas iaitu keseluruhan kawasan diplomatik termasuk Sekolah Al-Falaah, Jalan Kebangsaan lama, sebahagian Kampung Pulaie, Jalan Pusat Dakwah dan Jalan Stadium serta sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).

    JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani gangguan tersebut dan melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    Pihak jabatan turut memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    Sebarang kesulitan adalah dikesali dan pihak jabatan ingin berterima kasih atas
    kefahaman dan kesabaran orang ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...