Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Pak Lah menghidap demensia

    KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap demensia, dedah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

    Khairy berkata pendedahan penyakit bapa mentuanya itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga lain kerana ramai bertanya mengenai kesihatan Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

    “Pak Lah memang ada demensia dan demensia beliau satu keadaan yang sedang merosot (dan) sudah pasti nama ahli keluarga pun dia tak boleh nak sebut… Kenal tu mungkin dia kenal, nampak macam kenal tetapi dah sampai tahap di mana dia susah untuk bercakap. 

    “Saya tanya isteri saya, ibu mentua saya dan abang ipar saya tadi. Saya kata, ada yang tahu dan ada yang tidak tahu boleh tidak saya beritahu (keadaan Abdullah kepada umum)?,” katanya dalam sidang media hari ini.

    Khairy berkata demikian pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua), hari ini. Khairy turut mendedahkan perkara itu dalam ciapannya hari ini bahawa amat mencabar bagi seluruh keluarga melihat kemerosotan kognitif Pak Lah. 

    “Ada yang sedar tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Keluarga telah memutuskan untuk berkongsi secara terbuka bagi memberi penerangan tentang demensia dan gangguan kognitif,” katanya di Twitter beliau.

    Pada majlis itu, beliau berkongsi bahawa keadaan itu sukar bagi keluarga namun mereka bernasib baik kerana mereka boleh mendapatkan khidmat petugas profesional. – Bernama

    Khairy Jamaluddin mendedahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap demensia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...