Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakaian melambangkan identiti

    TEHRAN, 13 Mac – Pakaian bertindak sebagai satu medium komunikasi dan satu bahasa untuk menyampaikan mesej, jadi ia tidak sepatutnya menjadi satu cara untuk menghilangkan identiti Islam kita, kata Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam Iran, Reza Salehi Amiri.

    Dia membuat ucapan itu dalam satu mesyuarat yang diadakan dalam majlis penutup Festival Pakaian dan Fesyen Fajr di Tehran, baru-baru ini.

    Merujuk kepada kepentingan fesyen dalam bidang kod pakaian Islam, menteri itu berkata, “Ia adalah perlu untuk memiliki kefahaman yang cukup dalam budaya Keislaman Iran dalam usaha untuk memimpin orang-orang yang bekerja dalam perniagaan fesyen untuk menghasilkan pakaian bersesuaian bagi keluarga-keluarga Iran.”

    Kita perlu memimpin matlamat-matlamat ini untuk mencapai sasaran menolak barangan asing, tegas Amiri.

    Menunjuk kepada masyarakat Iran sebagai satu etika yang mulia, dia menyatakan keluarga kekal merupakan satu tiang dalam masyarakat Iran.

    Dia juga menegaskan keperluan untuk memelihara keselamatan etika keluarga-keluarga Iran.

    “Orang-orang Iran telah sekian lama berwaspada terhadap pakaian sepanjang zaman,” menteri itu menegaskan. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda