SAINTES, 13 MAC – Pakar bedah berdepan dengan pertuduhan seksual ke atas seramai 349 orang kanak-kanak selepas beberapa dekad – terutama kepada pesakitnya di ruang bilik hospital – kini dihadapkan ke muka pengadilan, kes yang paling teruk yang pernah terjadi di Perancis.
Perbicaraan akan dimulakan pada hari ini di bahagian barat bandar Saintes.
Ini berikutan kebimbangan empat orang yang disasarkan oleh Joel Le Scouarnec, 69, termasuk dua orang anak buahnya. Aduan undang-undang ke atas doktor tersebut semakin bertambah sejak penyiasatan awal dibuat, dan pendakwa raya sedang menyediakan rangka seterusnya selepas perbicaraan.
Kes pertama disiasat pada tahun 2017, apabila jirannya yang berusia 6 tahun memberitahu ibunya bahawa Le Scouarnec telah membuka bajunya dan mencabuli kehormatan dengan merentasi pagar rumah mereka.
Ketika penyiasatan di kediaman Le Scouarnec, para penyiasat mendapat lebih daripada 300,00 gambar kanak-kanak dan gambar lucah – termasuk buku nota yang terperinci di mana dia melakukan kesalahan seksual terhadap lelaki dan perempuan dari tahun 1989 ke 2017. Di sebelah nama kanak-kanak tersebut tertera komen aksi seksual itu dilakukan, menurut para penyiasat.
Menurut pendakwa raya serantau, Laureline Peyrefitte, memberitahu pemberita pada bulan Disember bahawa jumlah ‘mangsa yang berpotensi atas perbuatan Le Scouarnec’ telah mencecah 349 pada masa itu.
Penyiasat berkata dengan memberi alasan berkaitan perubatan, doktor tersebut mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak apabila mereka bersendirian di dalam bilik hospital. Mereka berkata strateginya ialah dengan memberitahu keganasan seksual tersebut adalah sebagai tanda profesional, dan menyasarkan pesakit yang terlalu muda supaya mereka tidak mengingati atau mengerti mengenai apa yang telah berlaku.
Dia turut menyasarkan kanak-kanak yang lebih tua di dalam bilik operasi, apabila mereka ditidurkan atau di bawah anestesia.
Dengan mangsa yang terlalu muda atau tidak sedar, Le Scouarnec dapat melakukan perbuatan tersebut tanpa kekasaran atau ancaman, menurut pendawa raya. Selepas beberapa tahun, ia adalah mustahil untuk mengumpul sampel sperma atau DNA.
Perbicaraan pembukaan pada hari ini ditujukan kepada jiran, dua orang anak buah dan seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam hospital ketika berusia empat tahun.
Le Scouarnec akan hukuman penjara 20 tahun jika didapati bersalah.- AP