Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar bedah plastik dalam risiko kehilangan lesen

    RIYADH, Arab Saudi, 20 Feb – Seorang pakar bedah plastik Arab dalam risiko kehilangan lesen perubatannya dan berdepan beberapa dakwaan undang-undang atas kesalahan bertanggungjawab bagi pemotongan tiga anggota badan seorang wanita muda Arab Saudi, menurut panel kesihatan setempat kelmarin.

    Panel tersebut ditubuhkan oleh pihak berkuasa kesihatan di Riyadh, selepas ibu mangsa memfailkan kes ke atas pakar bedah klinik swasta berkenaan yang menjalankan pembedahan penyedutan lemak buat anaknya, menurut keterangan kementerian kesihatan.

    Keadaan pesakit berkenaan merosot selepas pembedahan itu dan telah dimasukkan ke hospital kerajaan, di mana doktor-doktor pakar membuat keputusan untuk memotong kedua-dua tangannya dan kaki kanannya sebagai satu-satunya cara untuk melindungi nyawanya.

    Para penyiasat itu berkata, kemudahan-kemudahan pada klinik swasta berkenaan tanpa alat perubatan untuk menangani komplikasi berkaitan pembedahan, tidak memenuhi keperluan minimum bagi pembedahan selamat.

    Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah berkali-kali memberi amaran kepada kemudahan-kemudahan kesihatan swasta untuk mengikuti arahan-arahan dan undang-undang kesihatan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda