Pakar China bantu Laos kendali penularan wabak

VIENTIANNE, 5 MEI – Pasukan pakar perubatan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, kelmarin bagi membantu Laos memerangi wabak COVID-19.

Ketibaan mereka disambut Naib Perdana Menteri, Kikeo Khaykhamphithoune dan Duta China, Jiang Zaidong.

Kikeo menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan China yang sekali lagi menyegerakan bantuan peralatan perubatan selain menghantar sekumpulan pakar.

Menurut beliau, ia menggambarkan keprihatinan berterusan China terhadap rakyat dan negara Laos.

Kikeo yakin kehadiran pakar China itu mampu membantu pihaknya mengekang penularan wabak. – Bernama