Pakar China bantu tangani wabak

KOTA KINABALU, 25 MAC – Beberapa pakar perubatan dari China akan datang ke Sabah dalam masa terdekat bagi membantu dalam usaha menangani penularan jangkitan COVID-19 negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya beliau telah berhubung dengan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkara itu semalam. “Mereka (pakar dari China) ini mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam membendung penularan COVID-19. Mereka akan datang ke Sabah untuk membantu kita menangani wabak ini,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah di sini, hari ini. – Bernama