Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar kostum adiwira

    SERING kali di dalam majlis amal pasti akan terlihat kelibat orang memakai kostum adiwira pelbagai karakter superhero. Ia seperti sudah menjadi trend masa kini selain dianggap salah satu cara unik dan menarik untuk menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak.

    Difahamkan, pendekatan itu diadaptasi dari negara luar yang lebih popular menampilkan watak berkenaan di samping mempunyai kumpulan pengikut ramai. Lazimnya, aksi spontan pemakai kostum meniru karakter superhero menampakkannya seperti dalam sebuah filem sebenar.

    Namun, ramai tidak mengetahui individu di belakang tabir yang membuat kostum itu dan pastinya menyangka set lengkap berkenaan ditempah khas dari luar negara.

    Hakikatnya, kebanyakan kostum dipakai adiwira di negara ini dibuat hasil kepakaran seorang anak tempatan yang berkecimpung dalam bidang berkenaan sejak enam tahun lalu.

    Lebih dikenali sebagai Saudagar Kasut dalam kalangan pemakai kostum adiwira, beliau yang nama sebenarnya Mohamad Nor Othman, 33, menggunakan sepenuhnya kreativitinya untuk menyiapkan kostum berkenaan.

    Proses menyiapkannya agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
    Bermula dengan menggunakan kepingan kotak terpakai sebagai bahan utama membuat kostum, kini beliau memilih menggunakan kepingan eva foam kerana bahan itu paling sesuai bagi tujuan terbabit.
    Namanya sudah menjadi sebutan dalam kalangan peminat adiwira dan menjadi pilihan mereka untuk tempahan kostum berkenaan.

    Katanya, bermula dengan menggunakan kepingan kotak terpakai sebagai bahan utama membuat kostum, kini beliau memilih menggunakan kepingan eva foam kerana bahan itu paling sesuai bagi tujuan terbabit.

    “Ramai tidak mengetahuinya (eva foam) dan malah ada yang menyangka kostum ini diperbuat menggunakan kepingan besi kerana kelihatan seperti bahan logam berkenaan.

    “Pemilihan cat yang sesuai dan teknik semburan begitu memainkan peranan menjadikan ia kelihatan seakan-akan besi sebenar,” katanya.

    Mempelajarinya dari laman sosial

    Menurutnya, kemahirannya membuat kostum adiwira jenis italik yang dihasilkan menggunakan kreativiti selain mempelajari cara pembuatan menerusi YouTube.

    “Selepas menonton video (YouTube) saya akan membuat kajian setiap karakter adiwira dan mereka bentuknya supaya kostum itu dapat dibuat hampir sama dengan karakter sebenar.

    “Proses menyiapkannya agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagaimanapun, saya tidak mengalami kesukaran untuk membuat kostum ini kerana minat. Tambahan pula, sebelum ini saya mempunyai pengalaman membuat kasut,” katanya yang menetap di Ampang, Selangor.

    Mohamad Nor berkata, sehingga kini beliau sudah menyiapkan lebih 20 kostum adiwira tempahan pelanggannya selepas memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang berkenaan dua tahun lalu.

    Kini beliau sudah menyiapkan lebih 20 kostum adiwira tempahan pelanggannya selepas memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang berkenaan dua tahun lalu.

    “Antara kostum yang saya siapkan seperti Ironman, Batman, Gundam, Mospeada, Deathstroke, Ironman War Machine dan Kamen Riders Black.

    “Tempahan yang saya terima dari seluruh negara dan rata-rata kumpulan adiwira sudah mengenali jika kostum itu daripada hasil kerja saya. Mereka mengatakan kostum yang saya buat lebih terperinci dan mempunyai persamaan dengan watak superhero sebenar,” katanya.

    Fokus tempahan

    Katanya lagi, namanya sudah menjadi sebutan dalam kalangan peminat adiwira dan menjadi pilihan mereka untuk tempahan kostum berkenaan.

    “Pada masa ini, saya sudah menerima tujuh tempahan kostum adiwira pelbagai karakter yang perlu disiapkan sebelum April tahun hadapan sempena satu pameran cosplay di ibu negara.”

    “Memang tidak menang tangan terima tempahan tetapi bebanan kerja berkurangan kerana dibantu adik, Mohamad Akmal Arif, 24,” katanya yang memberitahu terdapat lima pembuat kostum adiwira di sekitar Lembah Klang.

    Beliau berkata, membuat kostum adiwira adalah pekerjaan ketujuhnya dan memilih untuk serius dalam bidang terbabit kerana peluang masa hadapan yang cerah selain mampu meraih pendapatan bulanan antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

    “Bidang ini masih baru dan tidak ramai berkebolehan membuat kostum adiwira di negara ini.

    “Saya mempunyai impian untuk memperluaskan perniagaan ini dengan memiliki sebuah studio di samping memasarkan kostum ke luar negara,” katanya mengakhiri perbualan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda