Pakar pantau gunung berapi

MADRID, 16 SEPT – Pakar sedang memantau sebuah gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol, yang kali terakhir meletus 50 tahun lalu, susulan pe-ningkatan gegaran dan pergerakan lahar, hari ini.

Institut vulkanologi, Involcan, berkata beberapa ‘gugusan gegaran’ di bawah gunung berapi La Cumbre Vieja di pulau La Palma bermula Sabtu lalu dan sejak itu hampir 1,000 gegaran dengan yang paling kuat berukuran 3.4 pada skala ritcher dikesan.

Gugusan gegaran adalah siri pergerakan seismik di satu kawasan tertentu dalam tempoh yang singkat.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan berlaku peningkatan kegiatan seismik dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya. – AFP