Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar pemakanan saran tingkatkan imuniti

    ANKARA, 16 MAC – Diet seimbang, senaman dan tidur yang cukup antara kaedah terbaik untuk membantu mencegah jangkitan penyakit novel koronavirus (COVID-19), kata seorang pakar perubatan pada Isnin.

    “Sangat penting untuk mengambil jumlah protein yang mencukupi seperti susu, produk tenusu dan telur,

    untuk meningkatkan imuniti,” kata pakar pemakanan dan dietetik Dr
    Nevin Sanlier lapor agensi berita Anadolu.

    Sanlier, dekan Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Medipol Ankara, menasihati orang ramai mengamalkan diet seimbang dengan mengambil makanan seperti susu, yogurt, keju, daging, ikan dan ayam, telur, kekacang, sayuran, buah-buahan, roti dan bijirin.

    Beliau turut mengesyorkan meminum 2.5 liter (kira-kira 10 cawan) air putih atau air kosong setiap hari untuk mencegah dehidrasi dan elakkan makanan berlemak.

    Di samping itu penting untuk meneruskan aktiviti fizikal dan mendapatkan tidur yang cukup antara tujuh hingga lapan jam, tambahnya. – Bernama

    Orang ramai mengambil bahagian dalam sesi senaman yang dianjurkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan Singapura di Singapura pada 10 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda