Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Pakatan tentera boleh bawa konflik – Li Shangfu

    SINGAPURA, 4 JUN – Menteri Pertahanan China hari ini memberi amaran agar tidak menubuhkan pakatan tentera seperti NATO di Asia Pasifik, dan berkata ia akan menjerumuskan rantau itu ke dalam konflik.

    Kenyataan Li Shangfu dibuat sehari selepas kapal tentera Amerika Syarikat (AS) dan China bergerak terlalu dekat antara satu sama lain di Selat Taiwan, kejadian yang mencetuskan kemarahan daripada kedua-dua belah pihak.

    “Cubaan untuk mendesak (pakatan) seperti NATO di Asia Pasifik adalah satu cara untuk ‘menculik’ negara-negara serantau dan membesar-besarkan konflik dan konfrontasi,” Li memberitahu persidangan keselamatan di Singapura, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

    Li memberi amaran bahawa pakatan seperti itu akan ‘menjerumuskan Asia Pasifik ke dalam perbalahan dan konflik’.

    AS merupakan anggota AUKUS, bersama Australia dan Britain.

    Washington juga merupakan anggota kumpulan QUAD, yang merangkumi Australia, India dan Japan.

    “Hari ini, Asia Pasifik memerlukan kerjasama terbuka dan inklusif, bukan berkawan dengan kelompok kecil,” kata Li di sidang kemuncak keselamatan dialog Shangri-La.

    Li menuduh AS sebagai pencetus ketidakstabilan di rantau ini, dan China berusaha mengurangkan ketegangan.

    “Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya konflik atau konfrontasi berlaku antara China dan AS, ia akan mendatangkan kesengsaraan besar kepada dunia,” katanya. – AFP

    Li Shangfu semasa menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak keselamatan dialog Shangri-La, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...