Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakej baharu tarik pelancong

    BANGKOK, 28 Okt – Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak kelmarin menegaskan bahawa langkah baharu akan diumumkan bulan depan untuk menarik semula pelancong ke negara itu, terutama sekali pelancong dari China menjelang Tahun Baharu.

    Somkid yang mengetuai portfolio ekonomi berkata pakej langkah itu termasuk langkah cukai untuk pembelian barang kemas, pakej pelancongan bersama penerbangan percuma ke wilayah pelancongan kedua dan pengecualian untuk visa ketibaan.

    “Kabinet akan meluluskan pakej itu bulan depan. Ia akan berkuatkuasa sehingga akhir Disember,” kata Somkid.

    “Langkah-langkah tersebut akan melibatkan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Kementerian Kewangan dan Penerbangan Antarabangsa Thai.”

    Langkah tersebut akan mensasarkan pelancong-pelancong dari China untuk pendapatan negara, kata Somkid.

    Somkid Jatusripitak semasa berucap di Forum Perniagaan Thailand-China 2018 di Bangkok pada 24 Ogos lalu. Somkid memberitahu langkah baharu akan diumumkan bulan depan untuk menarik semula pelancong ke negara itu, terutama sekali pelancong dari China menjelang Tahun Baharu. – Xinhua

    Rancangan pengecualian itu termasuk pembayaran visa ketibaan sebanyak 2,000 baht dan juga visa dua kali masuk.

    Semasa sembilan bulan pertama pada tahun ini, Thailand menerima 28.5 juta pelancong antarabangsa, merupakan 8.7 peratus pertumbuhan dari tahun ke setahun.

    Para pelancong dari China menurun 12 peratus pada Ogos lalu, pengurangan terbesar lebih dari setahun, mengekalkan pertumbuhan pelancong hampir 16 bulan terendah selepas insiden bot pelancong terbalik di Phuket pada Julai lalu yang menyebabkan 47 pelancong China terkorban.

    Majlis Pelancongan Thailand menjangkakan ketibaan pelancong China akan menurun kira-kira suku hingga 1.9 juta pada Oktober menuju Disember dari tahun sebelumnya.

    Menurutnya, sebanyak tujuh hingga 12 penerbangan sewa khas setiap hari dari China ke Krabi dan sekarang mengurang kepada tiga penerbangan sehari dan beberapa penerbangan hanya mempunyai dua atau tiga orang penumpang. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda