Pakej bantuan COVID-19 boleh cecah AS$1 trilion

WASHINGTON, 22 JULAI – Peruntukan bagi pakej bantuan COVID-19 kini dilihat mungkin mencecah sehingga AS$1 trilion ketika para pegawai Rumah Putih mengadakan perbincangan dengan kongres mengenai peruntukkan wang untuk membuka kembali sekolah, membantu perniagaan kecil, meningkatkan pengujian virus dan memberi bantuan wang tunai kepada warga Amerika selepas negara itu berdepan krisis pandemik yang semakin teruk.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell kelmarin menjanjikan pusingan baharu pembayaran langsung kepada golongan berpendapatan di bawah tahap pendapatan tertentu seperti pemberian bantuan semasa musim bunga.

Demokrat menginginkan bantuan peruntukan sehingga berbilion dolar untuk membuka semula sekolah dan membantu kerajaan tempatan.

“Hakikatnya, ini belum berakhir,” kata McConnell selepas menghadiri satu acara kelmarin sambil mendesak penduduk Amerika untuk belajar hidup dalam normal baharu ketika berdepan dengan ancaman virus itu dengan memakai penutup mulut dan hidung serta melakukan penjarakan sosial sehingga vaksin virus ditemui. – AFP