Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Pakej lawatan meriahkan kembali pelancongan dalam negara

-

Oleh Nurdiyanah R.

TEMBURONG, 23 DIS – Dalam meniti Fasa Awal Endemik, Darussalam Travel & Tours di bawah Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB), subsidiari Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) kini kembali membukakan pakej-pakej lawatan dalam negara kepada orang ramai di negara ini setelah lebih empat bulan teranah di rumah.

Baru-baru ini, lebih 10 orang guru dan pesara telah menyertai cabaran aktiviti lasak menerusi program 2 Days 1 Night Temburong & Canopy Experience yang diketuai oleh pemandu pelancong DSSB, Haji Muhd Fareezan Haji Mohd Fareezan Ambotang.

Pada hari pertama, para peserta berpeluang menikmati suasana persekitaran di Sumbiling Eco Village antaranya berendam dalam air sungai yang menyegarkan dan mengadakan aktiviti barbeku pada waktu malam.

Selain itu, bagi peserta yang berminat dengan penerokaan alam semula jadi juga berkesempatan menyertai Night Walk yang telah dipimpin oleh tiga orang pemandu daripada penduduk setempat yang berpengalaman di mana penerokaan itu mewujudkan pengalaman terindah bagi mereka menyaksikan binatang eksotik yang hanya muncul pada waktu malam.

Pada hari kedua pula, para peserta meneruskan cabaran menempuhi pelbagai aktiviti lasak bermula pada awal pagi iaitu dengan mengikuti perjalanan menggunakan perahu temuai selama 20 minit ke jeti sekali gus meredah anak tangga menuju ke Canopy Walk.

Selain itu, mereka juga berkesempatan menerokai keindahan wasai berdekatan dan diikuti pula dengan keseronokan menaiki ATV sambil meredah laluan sungai dan bukit.

Dengan adanya kegiatan seumpamanya, ia diharap mampu mendidik para peserta akan sifat sabar dan menguji semangat setiakawan dalam mengharungi apa jua keadaan semasa melakukan aktiviti pendakian, di samping sama-sama menyemai gaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari.

Menerusi perlaksanaan program lawatan dalam negara itu, segala prosedur operasi standard (SOP) tetap diutamakan bagi semua yang terlibat meliputi pengambilan suntikan vaksin yang lengkap dan keperluan untuk menjalankan ujian kendiri ART COVID-19 secara berkala.

Pakej dua hari satu malam yang ditawarkan Darussalam Travel & Tours itu diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik. – Gambar serahan DSSB

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -