Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Pakej produk pelancongan Brunei dan Muara dilancarkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Demi meneruskan misi dalam memperkasakan sektor pelancongan domestik di saat krisis kesihatan ini, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan telah melancarkan Pakej-pakej Produk Brunei dan Muara pada majlis yang berlangsung di Pusat Pengkajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB), Jalan Jerambak, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pelancaran pakej produk pelancongan berkenaan ialah Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

    Dalam ucapannya, tetamu kehormat berkata, objektif pakej-pakej produk pelancongan yang diperkenalkan adalah untuk mempromosikan pelbagai tempat tarikan yang menawarkan perkhidmatan experiential tours yang menggabungkan pelbagai produk pelancongan primer, produk pelancongan baharu dan produk yang diungkayahkan oleh ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK).

    Selain itu, ia juga dapat mempromosikan pelbagai tempat tarikan baharu yang kurang dikenali, namun berpotensi untuk dikembangmajukan sebagai tarikan pelancong juga sebagai persediaan bagi promosi cuti penggal persekolahan pada April, Ogos dan Disember tahun ini dan persediaan bagi menerima kedatangan para pelancong dari luar negara pasca Fasa Awal Endemik COVID-19.

    Jelasnya, di Daerah Brunei dan Muara juga terdapat mercu tanda dan pelbagai tempat tarikan yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan antarabangsa, antaranya Kampong Ayer, Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer, Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

    Hajah Tutiaty semasa menyaksikan pameran produk pelancongan di PPKKI-YSHHB, Jalan Jerambak, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Kemajuan Pelancongan

    Justeru itu, tambah beliau, dengan sokongan teguh daripada Jabatan Kemajuan Pelancongan dan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Pejabat Daerah, semakin banyak produk pelancongan baharu dan produk yang diungkayahkan oleh ahli-ahli MPK diperkenalkan yang berpotensi dan terbukti menjadi tarikan banyak pengunjung di daerah berkenaan.

    Majlis pelancaran berkenaan juga diserikan dengan penyampaian Anugerah ASEAN Tourism Standards kepada tiga pemenang The Empire Brunei, Armada Properties; dan Hotel Radisson yang memenangi Anugerah ASEAN MICE Venue, yang mengiktiraf kemudahan dan perkhidmatan mereka, terutamanya pada mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran.

    Begitu juga penyampaian Anugerah ASEAN Green Hotel, semasa ASEAN Tourism Forum 2022 di Kemboja baru-baru ini, kepada Hotel Radisson sebagai pengiktirafan pelancongan yang mampan melalui prinsip operasi hotel yang mesra alam.

    Pada majlis itu, para ejen pelancongan dan media juga berpeluang menerokai pelbagai produk dan aktiviti pelancongan yang terdapat di negara ini dan lawatan suai kenal khusus bagi rakan media dan para ejen pelancongan pula dapat memberikan pendedahan dan first-hand experience mengenai beberapa produk dan aktiviti pelancongan yang terdapat di daerah ini.

    Lawatan berkenaan dimulakan di PPKKI-YSHHB, iaitu sebuah institusi pengajian yang mengetengahkan kemahiran penulisan Jawi, khususnya seni kaligrafi Islam.

    Ini diikuti dengan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja di ibu negara di mana para ejen pelancongan berpeluang merasai pengalaman lawatan dengan menggunakan aplikasi izi.Travel Digital Audio Tour Guide yang dilancarkan baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...