Wednesday, September 28, 2022
25.5 C
Brunei

Pakistan akan adakan p’raya dalam tempoh tiga bulan

-

ISLAMABAD, 3 APRIL – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menggagalkan percubaan menjatuhkannya hari ini dengan menasihatkan presiden untuk membubarkan parlimen, bermaksud pilihan raya baharu akan diadakan dalam tempoh tiga bulan.

Dalam kemuncak polemik politik yang berlaku, timbalan speaker enggan menerima usul undi tidak percaya terhadap kerajaan, sebelum Khan muncul di televisyen memaklumkan wujud campur tangan asing dalam institusi demokrasi Pakistan.

“Saya sudah menasihatkan presiden untuk membubarkan parlimen. Kita perlu menyerahkan kembali kepada rakyat dan mengadakan pilihan raya, biar rakyat menentukan,” katanya.

Pembubaran itu diluluskan presiden beberapa jam kemudian.

Tidak ada perdana menteri Pakistan pernah menamatkan penggal penuh dengan Khan berdepan cabaran besar dalam pemerintahannya sejak dipilih pada 2018, dengan pesaing menuduhnya salah urus ekonomi dan dasar luar yang lemah.

Hari ini, parlimen dijangka berdebat dengan usul tidak percaya yang melihat beberapa kejayaan, namun timbalan speaker – penyokong setia Khan – enggan menerima atas dasar ia mempunyai ‘neksus jelas’ dengan negara luar untuk membawa perubahan kerajaan.

Ia menyebabkan kegemparan di parlimen namun di jalan-jalan raya tenang pada hari pertama bulan puasa Ramadan, dengan kehadiran pasukan keselamatan di bandar-bandar. – AFP

Penyokong parti Perdana Menteri Imran Khan, Tehreek-e-Insaf Pakistan melaungkan slogan di luar bangunan parlimen di Islamabad pada 3 April. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -