Pakistan anjur perlumbaan basikal paling mencabar

Menamatkan perlumbaan kira-kira 5,000 meter atas paras laut selepas mengharungi beratus-ratus kilometer berliku kawasan glasier yang mencabar dan puncak gunung yang bersalji, Pakistan telah mula memperkenalkan perlumbaan baharu yang lebih mencabar bertaraf dunia bagi penunggang basikal seakan menuju ‘Bumbung Dunia’.

Perlumbaan Tour De Khunjerab – nama penghormatan kepada rakan sejawatannya yang lebih terkenal dari Perancis, bermula baru-baru ini – masih memerlukan masa selama bertahun-tahun untuk terus terkenal namun berikutan perlumbaan yang mencabar dan tertinggi di dunia, ia menarik dan menawarkan atlet penunggang basikal yang tertentu.

Semasa minggu terakhir dalam bulan Jun, kira-kira 88 penunggang basikal termasuk dua pasukan dari Afghanistan dan Sri Lanka serta peserta solo dari Sepanyol dan Switzerland mengambil bahagian dalam edisi kedua perlumbaan ini. Kurang daripada separuh atlet telah berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa yang telah diperuntukkan.

Perlumbaan ini mengandungi empat peringkat yang meliputi jarak antara 68 hingga 94 kilometer dalam masa yang singkat, jauh lebih pendek daripada kebanyakan acara berbasikal yang lain. Terdapat satu perbezaan yang jelas, jelajah Perlumbaan Basikal Pakistan ini bermula pada 1,500 meter di atas paras laut dan terus memanjat puncak bukit.

Hari terakhir acara tersebut merangkumi pelbagai cabaran yang sengit. Bermula pada 2,800 meter, lebih tinggi daripada Iseran Pass, puncak Tour De France, dan berakhir pada 4,700 meter, lebih 100 meter tinggi dari kawasan Mont Blanc, gunung tertinggi di Eropah.

Gambar yang diambil pada 30 Jun 2019, menunjukkan Najeeb Ullah (kanan) dan Hanzala (kiri) bersaing dalam Tour de Khunjerab, salah satu pertandingan berbasikal tertinggi di dunia dengan cabaran menuju ‘Bumbung Dunia’. – AFP

Jelajah Khunjerab ini berkemungkinan menjadi satu tarikan khususnya bagi penunggang basikal yang paling berani menyahut cabaran di dunia ini, kata Usman Ahmed, Pegawai Tertinggi di rantau utara Gilgit, yang menempatkan beberapa puncak tertinggi di planet di mana perlumbaan itu diadakan.

Kebanyakan tayar penunggang basikal seakan-akan ‘ditelan’ di Lebuh raya Karakoram, salah satu jalan berturap tertinggi di dunia.

Dinamakan sempena pergunungan Karakoram, hanya satu daripada jajaran di Gilgit, jalan melalui landskap yang luar biasa.

Meluncur naik, puncak cerancang dengan keadaan glasier yang sejuk, atlet menunggang basikal dikelilingi sungai akuamarin. Tanah runtuh merupakan satu perkara yang biasa. ‘Guardrails’ merupakan satu-satunya alat untuk keselamatan para atlet yang berjalan menelusuri curam beratus-ratus kaki tingginya.

‘Tidak ada nafas’

Pemenang perlumbaan itu, Najeeb Ullah, penduduk Pakistan dari sebuah kampung di puncak bukit di wilayah barat daya Balochistan telah memenangi tiga pusingan dari empat peringkat – berkata kepada media AFP bahawa pernafasan merupakan masalah baginya semasa kayuhannya yang terakhir.

Berikutan tahap ketinggian bukanlah satu-satunya penghalang, pada hari terakhir, deruan angin telah menerbangkan salji ke wajah para atlet basikal, memaksa sesetengah atlet untuk menahan pernafasannya.

Aslam, pelajar dari Islamabad, terpaksa turun dan berjalan kaki menuju ke garisan penamat pada hari kedua. Penganjur berkata dalam beberapa peringkat, pesaing terpaksa menghadapi kecerunan 20 peratus, satu sudut yang jarang dilihat dalam mana-mana pertandingan seperti ini di seluruh dunia.

Ancaman bahaya dapat dihilangkan berikutan sambutan yang hebat dan menggembirakan atlet basikal yang di sepanjang laluan itu sambil memainkan peralatan tradisional bagi menghiburkan atlet. – AFP