Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pakistan buka semula lebuh raya percepatkan agihan bantuan banjir

    ISLAMABAD, 15 SEPT – Jurutera Pakistan dan askar-askar hari ini membuka semula lebuh raya dalam usaha mempercepatkan agihan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir teruk yang mengakibatkan ribuan tanpa rumah dan meragut 1,508 nyawa penduduknya, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

    Lalu lintas antara bandar Quetta yang dilanda banjir, ibu kota wilayah barat daya Baluchistan dan wilayah selatan Sindh digantung selama beberapa minggu selepas banjir merosakkan lebuh raya utama. Kekangan itu memaksa tentera menghantar bantuan kepada mangsa menggunakan helikopter dan bot.

    Ketika laluan dibuka semula, jurutera di Baluchistan juga memulihkan semula bekalan tenaga bagi berjuta-juta penduduk, menurut kenyataan kerajaan.

    Angka kematian bencana itu juga makin jelas apabila agensi kanak-kanak PBB mengatakan kira-kira 528 kanak-kanak adalah antara yang maut dalam banjir besar itu.

    Pusat Tindak balas dan Penyelarasan Banjir Kebangsaan mengatakan monsun dan banjir musim panas – terburuk pernah dicatatkan negara itu – memusnahkan 390 buah jambatan dan menghanyutkan kira-kira 12,000 kilometer jalan di seluruh negara.

    Jalan-jalan ditenggelami telah menjejaskan tindak balas kerajaan dalam pengagihan bantuan, dan orang ramai mengadu mereka masih lagi menunggu, beberapa minggu kemudian untuk menerima bantuan kerajaan.

    Krisis itu menjejaskan lebih 33 juta orang, merosakkan 1.8 juta rumah dan mengakibatkan lebih setengah juta orang tinggal dalam kem dan kawasan perlindungan sementara, menurut agensi pengurusan bencana kebangsaan. Ia juga memusnahkan 70 peratus tanaman gandum, kapas dan tanaman lain di Pakistan. – AP

    Kanak-kanak makan makanan yang disediakan oleh kumpulan amal di Jaffarabad, salah sebuah daerah terjejas banjir di wilayah Baluchistan, Pakistan, 15 Sept. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...