Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan cipta adiwira melawan korupsi

    ISLAMABABD, 19 Sept – Adiwira wanita terbaru Pakistan berikrar untuk memerangi pegawai-pegawai korupsi dan melindungi wanita-wanita yang didera apabila penciptanya mencuba untuk memberi inspirasi kepada generasi baru untuk melawan ketidakadilan dalam sebuah masyarakat.

    Siri komik terbaru ‘Pakistan Girl’ itu menampilkan watak Sarah, seorang remaja normal mendapati dia memiliki kuasa luar biasa selepas sedar daripada koma berikutan kejadian letupan di kampungnya.

    Memakai mantel hijau, warna kebangsaan Pakistan, protagonis itu memukul seorang lelaki yang memukul seorang wanita di sebuah pasar dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang diculik oleh pegawai polis yang mencari wang tebusan dalam siri pertama komik itu yang telah dikeluarkan pada musim panas musim ini.

    Pencipta komik berbahasa Inggeris itu berkata dia berharap adiwira itu akan memberi model peranan kepada wanita-wanita muda di Pakistan dan memberi semangat kepada mereka untuk melawan korupsi dan kekejaman di negara di mana jenayah tersebar luas di bandar-bandar utama dan korupsi adalah satu kebiasaan.

    “Terdapat kekurangan model-model peranan wanita dan adiwira di arus perdana media di sini,” kata Hassan Siddiqui, pengarang buku berkenaan kepada AFP.

    Seorang pelanggan membaca komik ‘Pakistan Girl’ yang dicipta oleh Hassan Siddiqui. – AFP

    “Kami ingin mencipta satu karakter wanita yang kuat bagi wanita-wanita di Pakistan dan boleh diambil contoh kanak-kanak lelaki di Pakistan.”

    Wanita-wanita di Pakistan telah berjuang bagi hak-hak mereka sejak beberapa dekad, dalam sebuah negara di mana “pembunuhan maruah” dan kekejaman lain terhadap wanita kekal satu perkara biasa.

    Netizen di media sosial telah mengalu-alukan komik itu, menulis ulasan-ulasan positif dan meminta bagi lebih banyak cerita adiwira pada masa hadapan.

    “Ia satu langkah bagus oleh kamu semua… Saya peminat tegar komik Marvel dan DC dan juga menantikan komik ini,” tulis seorang peminat, Syed Hassan Nasir dalam laman Facebook.

    Penulis itu berkata dia sekarang merancang untuk menghasilkan versi Bahasa Urdu komik itu dengan matlamat untuk mencapai jutaan pembaca di seluruh negara. Dia juga memikirkan bagi satu kemungkinan adaptasi animasi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda