Pakistan dipilih semula serta jawatankuasa PBB

ISLAMABAD, 14 APRIL – Pakistan dipilih semula buat kali ketujuh menganggotai Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua, memetik Kementerian Luar Pakistan hari ini.

“Pemilihan Pakistan ke jawatankuasa itu mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap peranan dan sumbangannya kepada PBB,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan.

Pemilihan itu diadakan pada Rabu di Majlis Ekonomi dan Sosial PBB di New York.

Sebagai ahli jawatankuasa NGO, Pakistan akan terus menggalakkan kerjasama antara PBB dan pertubuhan masyarakat awam yang bekerja bersama-sama kerajaan untuk meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia, kata kementerian luar.

“Pakistan mempunyai masyarakat madani yang pelbagai dan berkembang maju. Kami sentiasa menggalak dan menunjukkan komitmen ke arah penyertaan sewajarnya masyarakat awam dalam perbincangan pelbagai hala yang bertujuan mencari penyelesaian kepada cabaran bersama yang dihadapi manusia,” tambah kenyataan itu. – Bernama