Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Pakistan gesa Taliban ambil tindakan keras

    ISLAMABAD, 17 APRIL – Pakistan hari ini menggesa kerajaan Taliban di Kabul untuk mengambil ‘langkah tegas’ ke atas militan yang melancarkan serangan ke atas negaranya dari Afghanistan, sehari selepas mendakwa serangan roket oleh tentera Pakistan membunuh enam warga Afghanistan.

    Ketegangan di kedua-dua sempadan Pakistan dan Afghanistan meningkat sejak Taliban merampas kuasa tahun lalu, dengan Islamabad mendakwa kumpulan pejuang sering melancarkan serangan dari Afghanistan.

    Taliban menafikan melindungi militan Pakistan, tetapi turut berang dengan pagar yang didirikan Islamabad sepanjang 2,700 kilometer sempadan mereka.

    Ketegangan baharu berlaku apabila lima orang kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh di wilayah timur Afghanistan, di Kunar kelmarin dalam serangan roket yang didakwa pegawai Afghanistan dipersalahkan ke atas tentera Pakistan.

    Sementara itu tentera Pakistan tidak mengesahkan sama ada ia melancarkan serangan, Islamabad menegaskan ia berdepan serangan ‘pengganas’ yang berterusan dari sepanjang sempadan.

    “Pakistan, sekali lagi, dengan sekerasnya mengutuk pengganas yang beroperasi dari kawasan Afganistan untuk melakukan aktiviti di Pakistan,” kata menteri luar dalam kenyataan hari ini.

    “Pakistan meminta kerajaan Afghanistan untuk menjamin keselamatan sepadan Pak-Afghanistan dan mengambil langkah tegas ke atas individu yang terlibat dalam aktiviti keganasan di Pakistan.”

    Beberapa tentera Pakistan terbunuh di daerah Utara Waziristan pada Khamis oleh ‘pengganas yang beroperasi di Afghanistan,” menurut kementerian. – AFP

    Penduduk Afghanistan mengadakan bantahan menentang serangan roket Pakistan di wilayah Khost yang mengakibatkan lima kanak-kanak dan seorang wanita terkorban. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...