Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan haramkan TikTok

    ISLAMABAD, 11 OKT – Pakistan pada Jumaat mengharamkan aplikasi popular, TikTok, dalam usaha membanteras kandungan tidak bermoral.

    TikTok yang dimiliki syarikat dari China mempunyai ramai pengikut daripada golongan muda di negara ini.

    Namun ia telah menerima kritikan di mana dalam dalam beberapa bulan ini, beberapa aplikasi termasuk Tinder dan Grindr juga telah diharamkan dan kerajaan juga mengancam akan menutup YouTube.

    Pihak Berkuasa Teleko-munikasi Pakistan (PTA) mendakwa TikTok gagal untuk mematuhi dua amarannya bagi menyekat kandu-ngan yang tidak bermoral dan lucah.

    “Aplikasi gagal mematuhi arahan, dengan itu, perintah dikeluarkan untuk menyekat aplikasi TikTok dalam negara,” kata PTA dalam satu kenyataan. Penduduk Pakistan tidak dapat mengakses aplikasi itu pada petang Jumaat.

    Arslan Khalid, penasihat media digital kepada Perdana Menteri Imran Khan, sebelumnya telah mendakwa ‘eksploitasi dan seksualisasi budak perempuan di TikTok’ menimbulkan masalah kepada ibu bapa.

    “TikTok merupakan sumber utama hiburan untuk penduduk kelas rendah dan pertengahan Pakistan, serta penduduk buta huruf yang termasuk separuh daripada penduduk kerana ia berasaskan video dan senang digunakan,” kata Usama Khilji, aktivis hak digital, yang berkata pengharaman mencabul kebebasan bersuara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda