ISLAMABAD, 27 Jan – Pakistan pada Jumaat lalu melahirkan harapan bahawa sidang mesyuarat serantau, yang dijadualkan diadakan di Islamabad pada November lalu, namun ditangguhkan ekoran pemulauan oleh India, akan diadakan kelak.
Penasihat Perdana Menteri Hal Ehwal Luar Sartaj Aziz telah berbincang dengan Arjun Bahadur Thapa, setiausaha agung Pertubuhan Asia Selatan bagi Kerjasama Serantau (SAARC) yang akan melepaskan jawatannya, di Islamabad, bahawa India ‘telah menghalang proses SAARC dan menjejaskan semangat piagam SAARC.”
“Pakistan tetap komited untuk menjadi tuan rumah bagi sidang mesyuarat SAARC kali ke-19 di Islamabad secepat mungkin supaya matlamat kerjasama serantau di bawah naungan SAARC boleh dilaksanakan dengan lebih bersemangat,” menurut Aziz, menurut kenyataan Kementerian Luar.
Thapa menekankan perlunya mengatasi kesukaran yang dihadapi pertubuhan itu dan melahirkan harapan Sidang Mesyuarat SAARC ke-19 akan diadakan di Islamabad secepat mungkin.
India memulaukan sidang mesyuarat itu di tengah ketegangan selepas lelaki-lelaki bersenjata menyerang sebuah pusat tentera di Kashmir yang dikawal India pada September lalu. – Xinhua