Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan lancar kempen vaksin anti-polio

    ISLAMABAD, 2 OKT – Pakistan melancarkan kempen anti-polio kedua di seluruh negara, hari ini dalam usaha untuk memberikan vaksin kepada 44 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun ditengah-tengah petanda negara itu hampir membasmi penyakit itu.

    Perdana Menteri Penjaga, Anwaarul-Haq-Kakar melancarkan kempen vaksinasi selama lima hari di ibu negara, Islamabad, dan menggesa ibu bapa dalam ucapan yang disiarkan di televisyen untuk bekerjasama dengan 350,000 pekerja kesihatan yang akan pergi dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak.

    Kempen itu dijalankan di bawah kawalan keselamatan yang ketat. Kerajaan telah mengerahkan polis dan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan pekerja kempen pemberian vaksin.

    Pemberi vaksin dan polis yang ditugaskan untuk melindungi mereka telah diserang semasa kempen anti-polio sebelum ini, yang didakwa oleh militan sebagai konspirasi Barat untuk mensterilkan kanak-kanak.– AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda