Pakistan lantik ketua perisikan baharu

ISLAMABAD, 10 Okt – Pakistan telah melantik ketua perkhidmatan Perisikan Dalaman (ISI) baharu yang berperanan penting dalam menyelaraskan dasar-dasar asing, termasuk perkara berkaitan peperangan di Afghanistan.

Menurut pihak tentera hari ini, Leftenan Jeneral Asim Munir dipilih untuk menggantikan Leftenan Jeneral Naveed Mukhtar yang bersara awal bulan ini. Munir sebelum ini mengetuai Perisikan Tentera dan pemerintah padang. Beliau dianugerahkan pingat tertinggi Hilal-i-Imtiaz, awal tahun ini.

ISI telah melalui hubungan rapat yang sudah lama terjalin antara Taliban Afghanistan dan beberapa kumpulan militan Islam yang lain. Amerika Syarikat dan Afghanistan berulang kali menyeru Pakistan untuk membanteras aktiviti militan.

Menurut Pakistan, ia menggunakan kenalan untuk membantu usaha perdamaian dan memiliki pengaruh yang terhad ke atas Taliban Afghanistan. – AP