Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan panggil duta Afghanistan

    ISLAMABAD, 2 Mei – Pakistan pada Rabu memanggil duta Afghanistan berhubung insiden serangan rentas sempadan oleh militan dari sebelah sempadan Afghanistan, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga anggota tentera dan mencederakan tujuh lagi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

    Sekumpulan 60 hingga 70 militan telah menyerang anggota tentera yang mengawal sepanjang sempadan Pakistan-Afghan di kawasan Alwara dalam daerah Waziristan Utara, kata tentera Pakistan.

    Kementerian itu berkata diplomat Afghanistan dipanggil untuk menyuarakan bantahan keras Pakistan berhubung serangan pengganas rentas sempadan yang berlaku di Waziristan Utara pada Selasa malam yang dilancarkan kumpulan pengganas dari Afghanistan.

    “Tentera Pakistan telah menangkis serangan pengganas ini yang kemudian melarikan diri kembali ke Afghanistan dalam kumpulan kecil selepas mengalami kecederaan,” menurut kenyataan itu.

    Ia menambah bahawa provokasi sedemikian menjejaskan keamanan dan kestabilan di sempadan Pakistan-Afghanistan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda