ISLAMABAD, 9 Ogos – Pakistan mempertahankan perkongsian ekonomi negaranya bersama China ketika ketakutan ke atas terma-terma yang sukar difahami dalam pelaburan bernilai berbilion dolar dari China, yang boleh memburukkan lagi ekonomi negara itu sementara ia masih menimbangkan bagi pinjaman baharu dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Kami mendapati laporan media baru-baru ini yang mempersoalkan mengenai daya maju Koridor Ekonomi China Pakistan (CPEC), dengan mendakwanya ia akan menyebabkan beban hutang yang tidak ditanggung oleh Pakistan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan kepada media.
“Laporan media seperti itu sering kali berat sebelah, memutarbelitkan fakta berdasarkan kenyataan individu tidak bertanggungjawab, yang tidak memahami CPEC atau mempunyai motif tersembunyi,” tambah kenyataan itu.
CPEC adalah rancangan bercita-cita besar Beijing untuk membangun infrastruktur di Pakistan, terutama sekali dalam bidang tenaga dan pengangkutan, menghubungkan rantau barat China, Xinjiang bersama laut Arab.

Ia adalah sebahagian besar inisiatif ‘Jalur dan Laluan’ yang bermatlamat untuk mengembalikan semula laluan perdagangan kuno menerusi rangkaian pengangkutan kereta api dan maritim besar menerusi pelaburan bernilai AS$1 trilion di seluruh Asia dan Eropah.
Namun ketidakjelasan terma CPEC telah mencetuskan kekhuatiran ketika Pakistan berdepan krisis imbangan pembayaran, bersama para penganalisis berkata ia perlu mengambil langkah segera, berkemungkinan dengan mendapatkan pinjaman dari IMF.
“Ia adalah disebabkan pengaturan kewangan yang menggalakkan bahawa Pakistan memilih bagi pelaburan China di bawah CPEC,” menurut kenyataan, yang dikeluarkan di bawah pentadbiran yang memerintah negara, yang masih menjalani proses penggabungan kerajaan yang dimenangi oleh Imran Khan pada pemilihan yang lalu. – AFP