Pakistan sambung semula kempen polio

ISLAMABAD, 20 JULAI – Pakistan menyambung semula kempen vaksinasi polionya hari ini selepas empat bulan dihentikan akibat penularan koronavirus, yang pihak berkuasa kesihatan bimbang akan menyebabkan peningkatan dalam kes berbahaya itu.

Negara itu salah satunya daripada dua negara di dunia yang masih menghadapi masalah serius berkaitan polio.

Pasukan vaksinasi di bandar Karachi berkunjungi dari rumah ke rumah, ditemani polis bersenjata, memberikan titisan polio ke mulut kanak-kanak tanpa menyentuh mereka, sejajar dengan garis pandu keselamatan koronavirus baharu.

“Buat masa ini kami tidak dapat mengatakan apa impak penghentian empat bulan berlaku pada usaha kami mencegah polio, namun yang pasti – tahun ini akan menjadi yang terburuk daripada tahun sebelumnya disebabkan bilangan kes baharu,” kata jurucakap penguatkuasaan vaksinasi negara, Zulfiqar Babakhel kepada AFP.

Selain itu, kempen yang terhenti itu juga telah menyebabkan 2.8 juta anak damit yang baru lahir turut ketinggalan vaksinasi polio, katanya. – AFP

Kakitangan kesihatan memberikan vaksin polio kepada seorang kanak-kanak semasa vaksinasi polio di bandar Karachi, Pakistan pada 20 Julai. – AFP