Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pakistan semadi wartawan jatuh dari trak perarakan bekas PM

    LAHORE, PAKISTAN, 31 OKT – Pakistan hari ini mengebumikan seorang jurnalis yang jatuh dihempap ​​ketika membuat liputan perarakan politik yang diadakan oleh bekas perdana menteri Imran Khan, dengan ratusan orang yang berkabung menghadiri pengebumiannya.

    Sadaf Naeem, 36, seorang wartawan televisyen Saluran 5 di Lahore, meninggal dunia kelmarin selepas terjatuh dari trak kontena yang dinaiki Khan ketika bekas perdana menteri itu dan ratusan penyokongnya membuat perjalanan ke ibu negara, Islamabad.

    Pengikut Khan berkumpul di atas trak dan kereta dalam konvoi tetapi ramai juga yang berarak bersama dengan berjalan kaki. Sudah menjadi amalan pasukan Khan untuk menjemput beberapa wartawan pada satu masa naik ke atas trak untuk bercakap dengan Khan. – AP

    Jenazah jurnalis wanita ketika disembahyangkan di Lahore, Pakistan pada 31 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...